top of page

SYARAT

  1. Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada setiap masa sepanjang pertandingan berlangsung.

  2. Setiap pasukan wajib terdiri daripada tiga (3) orang pelajar Politeknik sahaja.

  3. Setiap Politeknik perlu menghantar 2 kumpulan (6 orang pelajar) bagi mewakili Politeknik masing-masing.

  4. Program ini dibuka kepada pelajar politeknik bermula dari semester 1 hingga semester 4.

  5. Arah tuju lokasi MASAKO-INNOHUNT adalah berpandukan clue yang akan diberi pada permulaan acara dan pada setiap checkpoint (CP).

  6. Pertandingan ini dibahagikan kepada 9 CP dan stesyen penutup adalah penghasilan inovasi oleh pelajar. 

  7. Setiap pasukan perlu mendapatkan bahan-bahan inovasi pada setiap 9 CP setelah mereka berjaya melengkapkan task pada setiap CP.

  8. Pasukan yang gagal untuk melengkapkan task pada CP tertentu masih dibenarkan untuk meneruskan ke CP yang seterusnya,  penalti tanpa bekalan bahan inovasi dikenakan pada pasukan tersebut.

  9. Setiap pasukan bergerak bersama dalam kumpulan masing-masing dan program berlangsung di dalam kawasan Politeknik Ungku Omar.

  10. Setiap peserta perlulah mematuhi semua peraturan jalan raya di setiap perjalanan bagi semua lokasi yang ditempuhi.

  11. Setiap peserta wajib mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh pihak penganjur dan urusetia dari semasa ke semasa sepanjang program berlangsung.

  12. Pihak penganjur berhak untuk menghentikan/menamatkan/membatalkan kelayakan mana-mana peserta mengikut budi bicara daripada meneruskan cabaran atas faktor-faktor keselematan, kesihatan, cuaca dan keperluan yang difikirkan wajar.

  13. Pakaian semasa pertandingan adalah pakaian kokurikulum Politeknik.

© MASOKO INNOHUNT 2018 

  • Grey Twitter Icon
Politeknik Ungku Omar

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer,

Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh Perak.

bottom of page